Friday, April 27, 2012

ANAK LELAKI TUNGGAL ANANDA KRISHNAN HANYALAH SEORG SAMI BUDDHA



Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin.

Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong itu dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.

Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.

Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.

Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.

Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun.

Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.

Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.

Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.

Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.

Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.

Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro).


PS:ironinyer? anak multi-billionaire tapi memilih utk tak miliki walau sesen harta dunia dan segala keselesaan yg datang bersama harta itu..kalau org lain dh lama kt position top management..Berkereta Ferarri, Porche & berjoli katak...bergaul ngan selebriti, Datuk, Tan Sri....Tapi yg ni cuma jadi Sami Buddha je..





Thursday, April 26, 2012

PEMBIAYAAN PERIBADI-I

Tengah guling2 nak tido  smlm aku dapat text dari member lama..

Tanpa intro bertanya kabar terus tanya aku nak buat loan tak..tp untuk gomen staff la..

Huh...tak dapat la beb ..kami dua2 laki bini kuli batak..heheh..

Sape2 PESARA TENTERA,PESARA KERAJAAN,KAKITANGAN KERAJAAN boleh ler cuba.

Utk keterangan lanjut hubungi la En Rushdi 019 4800294 (inform la nama aku kot2 dpt komisen..huhu)



P/S: Gaji hang as a lawyer tk cukup lagi ker....hehhehehehehehehe




hii....

Assalamualaikum. Aku dah bergerak ke alam baru dalam hidup ini. Alam blogging...hehehe..padahal dah lama register..REENAQELIA sempena nama anak2 aku...aku seorang ibu kepada 3 org cahayamata..dan wife kesayangan Mr Maran..suka membaca tak kira apa pun bahan bacaan tapi bukan seorg penulis yang baik..boleh2 aje
Oklahlah ini entri pertama aku. Kalau korang suka, tunggulah entri yang bakal menyusul. Kalau tak suka, ade aku kesah? kekekeke