Thursday, November 29, 2012

HILANGKAN JERAWAT DGN BHN ALAMI

Bahan-Bahan,

Seulas bawang putih
Sepotong Carrot-dlm 2 inch
Putih Telur
Satu sudu teh madu

Cara-Cara
# Pukul telur sampai kembang.
#Tumbuk bawang putih dan carrot
#Campurkan bahan tumbuk kedalam putih telur dan juga madu
#Sapu pada muka dan biarkan selama 30 minit.
#Basuh muka then boleh tido zzzzzz

Amalkan selama seminggu sebelum tido.Insyaallah jerawat akan beransur hilang dan kulit muka lebih licin dan halus

~END~

KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Last week my mom admitted . First time dlm life dia tido spital kata mak aku ...dia kata bersalin anak 4 org x pernah dok spital...dh tua2 cenggini br nk nyusahkan org..katanyer la...jgn risau la mak..kami anak2 x rasa susah pun...

Aku hanya sempat temankan mak semalam jer ..hr yg lain si Anis yg jagakan...nasib baik dia cuti sem...
Hati mmg x sedap nk tinggalkan mak tp tuntutan lain menuntut2..

Nk dijadikan cerita aku terserempak dgn sorang nenek ni..sgt peramah dn murah senyuman..aku yg agak menyombong buat dek jer la..last2 dia mai kt katil mak aku...dipendekkan citer we all bersembang rabong la...aku tanya umo dia brapa...terkejut aku katanye dah 87 sbb mmg x nampak tua langsung. Aku yg mmg  
taksub dgn kecantikan dn kesihatan ni minta la petua..katanya "MANDI SBLM SUBUH"

Aku pun try la surf ...mmg ada kebenaran kata nenek tu...after this kul 5.30 aku nk mandi sbb sblm ni aku bangun bila subuh tinggai lg 10 minit.

ni aku amik kat forum

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.