Saturday, December 5, 2015

Friday, December 4, 2015

Butik Kecil Naurah

"Dibalik sebuah musibah dan kesedihan, Tuhan menyelipkan hikmah dan kebahagiaan." Alhamdullilah Butik Kecil Naurah hanya sebesar 10 x 20 tapi penuh dengan kemanisan dan kebahagian. Ini permulaan kami untuk bertapak walau pelbagai dugaan yg acapkali singgah . Untuk mengelak kegagalan, seringkali aku buangkan pemikiran negatif . Aku hadirkan sikap, sifat dan pemikiran positif ke dalam diri .
Antara teman yg x putus memeberi sokongan (yg x diupload jgn berkecil hari , ini gambar yg tertinggal di phone) Terima kasih pada kalian
Untuk yg berminat dengan Naurah Hijab boleh datang terus ke butik kecil kami . Di buka setiap hari 10 pagi hingga 10 malam . LOT 12 tau !!!!
Online purchase masih berjalan seperti biasa
Ok guys .. thanks for keep supporting us Love u so much !!!!!!

Wednesday, November 25, 2015

BAZAR MELAYU KEDAH

BMK - BAZAR MELAYU KEDAH

"JUALAN HARGA BORONG GUDANG TERBESAR DI UTARA MALAYSIA"
Gabungan pemborong2 & peruncit yg terbesar di tanahair dikumpulkan di bawah satu bumbung.
PEMBUKAAN RASMI PADA 28 NOVEMBER 2015
- VOUCHER PENGUNJUNG TERAWAL
- CABUTAN BERTUAH ( MOTOSIKAL )
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tempat : Pusat Borong BMK
(Jln Lencongan Barat Sg. Petani Kedah, sebelah pusat latihan memandu PBE)
Hari : SETIAP HARI (bermula 28 NOVEMBER 2015)
Masa : 10 pagi - 12 mlm

 Ada persembahan kumpulan data , cabutan bertuah, supa doopa percuma utk kanak-kanak



Naurah Hijab ada promo terbaekkkk ... semua dijemput hadir ya !!!!!

Jom support  Local Entrepreneur

Friday, November 20, 2015

Knitting Hijab by Naurah

Harga terendah kualiti setanding

Pilihan ditangan anda.

Check it out ladies!!!!

Follow ig/ fb

Https://www.instagram.com/pwettycloset

Https://www.facebook.com/pwettycloset

Https://www.facebook.com/pwettyclosetent

Ayam Percik Kelantan Merecik-recik

Menu ayam percik sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Namun, ia sedikit berbeza apabila tiba untuk versi Kelantan.


Ayam percik Kelantan berasa lebih lemak dan kurang pedas. Namun, ia sangat dimakan dengan nasi kerabu. Memang merecik-recik!
Bahan-bahan:
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)


Bahan untuk merebus ayam:
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus


Cara-cara:
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.


UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan

Zayn Malik Dedah Punca Sebenar Tinggalkan One Direction

BEKAS anggota One Direction, Zayn Malik mendedahkan punca sebenar dia mengundurkan diri kerana tiada diberikan ruang untuk menjadi seorang yang kreatif dalam penghasilan muzik kumpulan itu.
Malah kata Zayn semua idea berhubung arah tuju muzik kumpulan itu ditolak mentah-mentah oleh pihak pengurusannya.

"Jika saya cuba menyanyi dengan cara R&B atau menjadi diri saya ia tidak dapat diterima dan saya perlu merakamkan vokal saya berkali-kali sehingga saya mengikut kehendak mereka.

"Idea saya juga tidak dipedulikan dalam memperbaiki mutu muzik dan persembahan One Direction itu sendiri," katanya kepada Mirror.
One Direction kini dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Harry Styles.

Dalam pada itu, Zayn tanpa berselindung mengakui muzik diketengahkan One Direction bukan sesuatu yang diminatinya namun terpaksa mengikut kehendak pihak pengurusan mereka.

"Kononnya kami terlibat secara langsung dalam penerbitan termasuk penulisan lirik dan lagu untuk album kami tetapi itu semua hanya rekaan.

"Kami telah diberikan segala-galanya dan cuma merialisasikan konsep dan impian pihak pengurusan," dedahnya lagi.
10 Wanita Tentera Nazi Yang Paling Kejam

Kebanyakan pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2. Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang 60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949. Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025 lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan hukuman mati.

Wanita Nazi secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan menyertai SS-Gefolge.

Wanita-wanita ini dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS. Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang merupakan komander-komander dan menteri-menteri kabinet. Berikut adalah senarai wanita Tentera Nazi paling kejam dalam sejarah.
10. Maria Mandel

Maria Mandel adalah merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau. Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.

Dia secara tidak langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya untuk dihukum mati dengan serta merta.

Pada May 1945. Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.

Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.
9. Herta Oberhauser

Wanita ini dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’. Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian, selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para tahanan.

Namun anehnya, dia cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada 1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.
8. Irma Grese

Irma Grese adalah salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .

Irma memukul mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi, dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat kepuasan dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945. Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu sehingga ke nafas yang terakhir
7. Ilse Koch

Ilse Koch dikenali sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas, terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.

Selepas tahanan dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet. Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.

Dia pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun 1967.
6. Juanna Bormann

Juana Bormann, pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan. Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 ,

Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese.
5. Ruth Closius-Neudeck

Neudeck adalah seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac 1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.

Pada lewat April 1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga, bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28 tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.

Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.
4. Magda Goebbels

Magda adalah isteri kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi dari luar negeri.

Walaupun dia tidak berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut Buchenwald.

Akhirnya, demi mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama suaminya.
3. Elizabeth Marschall

Elizabeth adalah ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi perubatan para tahanan di Ravensbrück.

Kebanyakan eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.

Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.
2. Vera Salvequart

Vera Salvequart, seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan.

Dia terus meracun tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas. Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.

Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.
1. Jenny Wanda Barkmann

Wanita keji Nazi ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.

Wednesday, September 23, 2015

Jangan berdengki dalam perniagaan.

Jangan berdengki dalam perniagaan. 

Bantu membantulah, kenal-memperkenalkan perniagaan sahabat kita. 
Kejayaan saudara kita adalah kejayaan kita juga.
Perkasakan ekonomi umat Islam.